Clijsters Bersara Sebagai Pemain Tenis

Diterbitkan: Khamis, 30 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Clijsters mengambil keputusan untuk bersara pada umur 29 tahun.
Clijsters mengambil keputusan untuk bersara pada umur 29 tahun.

PERASAAN kecewa menyelubungi Kim Clijsters , namun dalam masa yang sama dia berpuas hati mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia tenis selepas tewas pada aksi kedua Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat, awal pagi Khamis.

Selepas tewas 6-7 6-7 kepada pemain muda Britain, Laura Robson, Clijster akui ia bukanlah sesuatu yang diingini ketika mengambil keputusan untuk bersara pada umur 29 tahun.

Namun pemain Belgium ini berkata, dia meninggalkan dunia tenis ini tanpa sebarang penyesalan.

"Selepas sejam perlawanan tamat, perasaan kecewa itu masih bermain lagi dalam fikiran saya. Tetapi selepas terus berfikir dan berbincang mengenai persaraan ini, saya gembira," jelas empat kali pemegang gelaran Grand Slam ini.

"Dalam tempoh estahun atau dua tahun yang lalu, ada ketika saya jatuh dan bangun dan penuh emosi, saya berjaya laluinya dengan baik. Saya sangat berbangga dengan diri sendiri apa yang telah saya lakukan."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan