Terbuka Amerika Syarikat: Misi Federer Pecah Rekod 87 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 27 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Federer berpeluang meraih trofi Terbuka Amerika Syarikat kali ketujuh tahun ini.
Federer berpeluang meraih trofi Terbuka Amerika Syarikat kali ketujuh tahun ini.

PEMAIN nombor satu dunia, Roger Federer kini mengintai gelaran yang sukar dipercayai musim ini apabila bakal beraksi pada Terbuka Amerika Syarikat bermula Selasa.

Federer bakal memulakan aksi pertama awal pagi Selasa dengan menentang pemain tuan rumah, Donald Young.

Federar yang kini telah merangkul lima trofi kejohanan di New York berpeluang memecah rekod 87 tahun yang dicipta pemain Amerika Syarikat, Bill Tilden yang dicatat pada tahun 1925 sebelum menamatkan kariernya empat tahun kemudian.

Namun setakat ini, Federer berkongsi rekod bersama pemain lagenda tuan rumah, Pete Sampras dan Jimmy Conner yang turut mencatat lima kali kemenangan di sini.

Dengan aksi konsisten musim ini, Federar dijangka mampu untuk mencatat rekod keenam ini.

Dia telah mencipta rekod memenangi lima kali berturut-turut gelaran ini, 2004-2008 namun gagal memenangi pada kejohanan tahun 2009.

Pada tahun lalu juga aksinya sedikit tergugat dan turut mengalami beberapa kekalahan termasuk tewas kepada Novak Djokovic pada aksi separuh akhir di New York.

"Ia satu pengalaman menarik sejak 12 bulan lalu. Saya selalu percayakan diri sendiri untuk menjadi lebih baik dan sentiasa menyasarkan untuk mendapatkan gelaran nombor satu. Dan ia tidak jauh dari saya.

"Kadang-kala kamu perlu bersabar, terus berusaha dan dalam masa yang sama percaya dalam apa jua yang kamu lakukan," katanya.

Namun dalam masa yang sama, tugas Federar bukanlah mudah kerana terpaksa berdepan dengan saingan ternama lain termasuk pemain nombor dua dunia, Djokovic yang merupakan juara bertahan kejohanan ini, ranking keempat dunia, Andy Murray (pemenang pingat emas Sukan Olimpik), pemain Perancis yang berada di tangga keenam dunia, Jo-Wilfried Tsonga dan juga Juan Martin del Potro (ke-8 dunia).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan