Dua Pasangan Badminton Negara Mara Ke Peringkat Akhir Terbuka Vietnam - Raket | mStar

Dua Pasangan Badminton Negara Mara Ke Peringkat Akhir Terbuka Vietnam

Diterbitkan: Sabtu, 25 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua pasangan badminton negara masing-masing dalam acara beregu wanita dan beregu campuran mara ke pusingan akhir Kejohanan GP Terbuka Vietnam di Stadium Phan Dinh Phung, Hanoi Sabtu.

Dalam perlawanan disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen berbayar Astro, pasangan adik beradik Ng Hui Ern dan Ng Hui Lin menundukkan pasangan Thailand Porntip Buranaprasertsuk dan Busanan Ongbumrungpan dengan keputusan 18-21, 21-14 dan 21-10 dalam masa 55 minit.

Rentak kecemerlangan skuad badminton negara diteruskan beregu campuran Tan Aik Quan dan Lai Pei Jing yang menumpaskan pasangan Indonesia Fran Kurniawan dan Shendy Puspa Irawati dengan keputusan 23-21 dan 22-20 dalam masa 35 minit.

Seorang lagi beregu campuran negara, Ong Jian Guo dan Lim Yin Loo bagaimanapun gagal mengikuti jejak dua pasangan tersebut selepas terpaksa berhempas-pulas selama 50 minit, sebelum tewas 21-10, 15-21 dan 18-21 kepada pasangan Indonesia Markis Kido dan Pia Zabedah Bernadeth.

Pada perlawanan akhir esok, Hui Ern dan Hui Lin akan menentang pasangan Indonesia Pia Zabedah dan Rizki Amelia Pradipta.

Pasangan campuran Tan Aik Quan dan Lai Pei Jing pula akan bertemu pasangan Indonesia Markis Kido dan Pia Zabedah. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan