Lin Dan Intai Emas Ketiga Di Rio de Janeiro 2016

Diterbitkan: Jumaat, 24 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lin Dan menunjukkan pingat emas Sukan Olimpik di London baru-baru ini.
Lin Dan menunjukkan pingat emas Sukan Olimpik di London baru-baru ini.

JAGUH badminton dunia, Lin Dan menafikan akan bersara daripada kariernya, sebaliknya terus memberi fokus untuk meraih pingat ketiga Sukan Olimpik di Brazil 2016.

Super Dan,28, dikhabarkan akan menggantungkan raketnya selepas meraih emas kedua berturut-turut pada Sukan Olimpik di London baru-baru ini.

Namun Lin Dan menafikan khabar angin itu dan menegaskan dia hanya berehat seketika selepas penat bekerja keras di London bulan lalu.

Lin Dan dijangka akan kembali ke gelanggang minggu ini bagi mengharungi liga badminton China.

"Saya tidak pernah cakap untuk bersara. Apa yang saya jelaskan sebelum ini ialah ingin berehat seketika.

"Dan dalam masa itu saya turut membuat sasaran dalam karier saya dan juga memantapkan keadaan fizikal saya," jelas pemain nombor satu dunia ini.

Pada aksi Olimpik baru-baru ini, Lin Dan telah menewaskan musuh ketat negara, Lee Chong Wei bagi mempertahankan pingat emas yang dimenangi empat tahun lalu.

"Jika musuh saya boleh beraksi di Rio de Janeiro, saya juga akan berada di situ," jelas Lin Dan.

Lin Dan juga turut membantu skuad badminton China menguasai acara badminton di London dalam semua kategori walaupun pasukan beregu wanita dibatalkan penyertaan kerana terlibat dalam skandal mengatur perlawanan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan