Chong Wei, Pandelela Terima Habuan RM100,000 Daripada The Star

Diterbitkan: Jumaat, 24 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chong Wei (kanan) dan Pandelela bersama replika cek yang disumbangkan oleh The Star.
Chong Wei (kanan) dan Pandelela bersama replika cek yang disumbangkan oleh The Star.

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun Pandelela Rinong Pamg menerima ganjaran RM100,000 setiap seorang daripada akhbar The Star Publications (M) Berhad atas kejayaan meraih pingat perak dan pingat gangsa pada temasya sukan Olimpik London 2012.

Chong Wei, 30, berkata beliau menyambut baik inisiatif beberapa pihak yang memberi ganjaran kepada atlet-atlet yang bekerja keras mengharumkan nama negara hingga ke peringkat antarabangsa.

"Ganjaran kepada atlet adalah penting, atlet tidak boleh bertahan sehingga usia 40 tahun, jadi ini adalah simpanan yang akan digunakan untuk membuka perniagaan atau perancangan lain selepas bersara nanti.

"Saya berterima kasih kepada The Star, ganjaran ini memberi rangsangan dan semangat kepada saya. Duit ganjaran ini akan saya simpan untuk perancangan masa depan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bagi pihak syarikat itu di Menara Star, Petaling Jaya di sini, Khamis.

"Ramai bertanya sama ada saya mahu beraksi di temasya Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada 2016 atau tidak. Tumpuan saya adalah Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, dan Sukan Asia di Incheon, South Korea pada 2014. Selepas itu saya akan pertimbangkan," jelas Chong Wei.

Sementara itu atlet wanita pertama yang meraih pingat di temasya Olimpik, Pandelela berkata selepas ini kariernya sebagai atlet terjun akan lebih sibuk dan perlu memberi perhatian sepenuhnya kepada latihan untuk kejohanan akan datang.

"Terima kasih atas ganjaran ini, ia memberi semangat untuk buat yang terbaik selepas ini. Semangat ini bukan sahaja kepada saya tetapi kepada atlet-atlet negara yang lain.

"Kehidupan saya selepas ini lebih sibuk berbanding dulu, orang pun sudah mengenali saya dan juga penerjun yang lain...jadi tanggungjawab kami lebih besar," kata pemenang pingat gangsa pada temasya di London baru-baru ini.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan