Status Seu Bock Sebagai Jurulatih Chong Wei Diketahui 8 September ini

Diterbitkan: Khamis, 23 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Status Tey Seu Bock sebagai jurulatih kepada jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan diketahui selepas mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) 8 September ini.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata Seu Bock kini masih membimbing Chong Wei dan persatuan tidak membuat sebarang perubahan daripada segi struktur kejurulatihan.

"Buat masa ini segala-galanya masih seperti sedia ada kerana belum ada mesyuarat untuk membuat perubahan, mungkin (perubahan) selepas mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan 8 Sept ini," katanya.

Seu Bock dipetik akhbar semalam sebagai berkata beliau tidak dapat memberi sebarang kenyataan berhubung kedudukannya sebagai jurulatih Chong Wei dan menyerahkan perkara itu kepada BAM untuk membuat keputusan.

Menurut Ng, BAM akan melihat secara terperinci laporan jurulatih berhubung prestasi para pemain semasa temasya Olimpik London baru-baru ini.

"Kami akan mengadakan mesyuarat awal bulan depan bagi mengumpul laporan daripada jurulatih dan pengurusan pasukan untuk melihat tindakan yang betul dan tindakan silap kami," katanya.

Ng berkata BAM juga sedang merangka persediaan bagi para pemain menghadapi Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland dan Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, kedua-duanya pada 2014.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan