Nicol Berjaya Pertahan Kejuaraan Terbuka Australia

Diterbitkan: Isnin, 20 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CANBERRA: Juara bertahan Datuk Nicol David memenangi Kejohanan Skuasy Terbuka Australia buat kali kedua berturut-turut selepas menumpaskan Laura Massaro pada perlawanan akhir di Royal Theatre di sini, pada Ahad.

Dalam saingan akhir tersebut, ratu skuasy negara berjaya mengenepikan cabaran pemain England itu 17-15, 11-2, 11-6 untuk merangkul kejuaraan ke-62 buat dirinya.

Beraksi di hadapan legenda skuasy Heather McKay dan bekas pemain terbaik dunia, Vicki Cardwell dan Michelle Martin, Nicol menunjukkan mengapa dia dianggap pemain terhebat dunia sepanjang satu dekad ini apabila berjaya menyerap cabaran untuk menumpaskan Massaro.

Bercakap kepada pemberita di sini, Nicol berkata beliau gembira kerana dapat memenangi perlawanan tersebut dalam tiga set.

"Set pertama menguji mental dan fizikal saya. Pada set kedua saya berjaya mendapat rentak permainan dan seterusnya memenangi perlawanan tersebut dalam saingan tiga set," kata Nicol.

Massaro pula berkata, beliau tidak melakukan kesilapan pada set pertama.

"Cuma, saya tidak bernasib baik pada set pertama. Kekalahan pada set pertama menjejaskan tumpuan saya pada set kedua dan ketiga," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan