Desakan Berundur Jawatan Presiden BAM Hanyalah Pendapat Individu - Nadzmi

Diterbitkan: Khamis, 16 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh (gambar) menyifatkan desakan sesetengah pihak supaya beliau berundur lebih awal daripada jawatannya yang berakhir pada Mei tahun depan lebih kepada pendapat individu itu semata-mata.

Beliau yang mengetuai barisan kepimpinan BAM sejak 2001 sebaliknya berkata jawatan dalam badan induk badminton negara itu termasuk kerusi presiden yang disandangnya ketika ini ditentukan oleh anggota-anggota Majlis BAM yang mempunyai kuasa untuk melantik individu yang layak.

"Semua orang boleh memberikan pendapat masing-masing mengenai kedudukan saya selaku Presiden BAM. Saya mempunyai tempoh (untuk memegang jawatan Presiden BAM) sehingga Mei tahun depan dan biarlah ahli Majlis yang menentukan kedudukan saya selepas ini.

"Malahan, saya turut memberitahu ahli Majlis BAM bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan saya. Jadi, desakan sedemikian hanyalah satu pendapat semata-mata," katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarah jenazah mendiang Datuk Punch Gunalan yang meninggal dunia di rumahnya akibat kanser pundi hempedu di sini, pada Rabu.

Mohd Nadzmi diminta mengulas mengenai desakan sesetengah pihak termasuk pengkritik sukan tanah air Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim baru-baru ini yang meminta beliau meletakkan jawatan lebih awal ekoran kegagalan skuad badminton negara mencapai sasaran ditetapkan pada Sukan Olimpik London.

Pada temasya Olimpik yang berakhir Ahad lepas, perseorangan lelaki negara Datuk Lee Chong Wei gagal menghadiahkan pingat emas Olimpik pertama negara selepas tumpas kepada musuh tradisinya yang juga pemain nombor satu dunia dari China, Lin Dan dengan keputusan 21-15, 10-21, 19-21 di Wembley Arena.

Lebih mengecewakan apabila pasangan beregu lelaki negara Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong turut gagal meraih pingat gangsa selepas tewas kepada pilihan utama dari Korea Jung Jae Sung/Lee Yong Dae dengan keputusan 21-23, 10-21.

Sementara itu, Mohd Nadzmi berkata BAM sebelum ini mencadangkan beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang sebagai tapak untuk membangunkan Akademi Badminton Negara berbanding Stadium Juara, Bukit Kiara.

"Yang menjadi masalah sekarang ialah untuk mendapatkan tapak tanah untuk membina bangunan akademi tersebut. Kita telah diberikan tanah untuk membangunkan akademi itu (sebelum ini) namun ia harus ditukar disebabkan beberapa faktor seperti tapak tidak sesuai serta kos pembinaan yang tinggi.

"Saya turut memberitahu Perdana Menteri (pada 12 Ogos lepas) bahawa cara termudah ialah dengan mengambil alih fasiliti yang terdapat di Stadium Juara Bukit Kiara ketika ini. Beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) serta Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) bersetuju dengan pandangan itu," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan