Jangan Pertikai Ganjaran kepada Chong Wei - Razali

Diterbitkan: Isnin, 13 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chong Wei menerima menyampaikan imbuhan berjumlah RM 200,000.00 dalam bentuk Amanah Saham Wawasan dari Kerajaan Malaysia dan RM 300,000.00 dari MSN.
Chong Wei menerima menyampaikan imbuhan berjumlah RM 200,000.00 dalam bentuk Amanah Saham Wawasan dari Kerajaan Malaysia dan RM 300,000.00 dari MSN.

MUAR: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim meminta semua pihak supaya tidak mempertikaikan pemberian ganjaran sebanyak RM500,000 kepada pemain perseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.

Beliau berkata ganjaran yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Chong Wei semalam, adalah wajar kerana pemain perseorangan kedua dunia itu telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dengan memenangi pingat perak di Sukan Olimpik London.

"Pada saya, sumbangan itu adalah sejajar denan pengorbanan Chong Wei yang berhempas pulas mencatat rekod sebagai atlet pertama negara untuk memenangi pingat emas di temasya itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Muar di Dewan Tun Sulaiman Ninam Shah, Jalan Meriam, di sini semalam.

Mengenai masa depan Chong Wei, Razali berkata semua pihak harus memberi peluang jika pemain itu masih cergas untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

"Jika mutu permainannya menurun dalam setahun dua ini dan pemain muda pula menunjukkan kebolehan luar biasa dalam tempoh itu, kemungkinan sandaran negara dialihkan kepada pemain muda," katanya.

Ditanya persiapan atlet Malaysia menghadapi Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland pada 2014, Razali berkata kementerian dan persatuan-persatuan sukan di negara ini tidak pernah berehat daripada meneruskan persediaan menghadapi temasya sukan seumpama itu.

Sementara itu, Pemuda Umno Bahagian Muar akan menghulurkan bantuan kepada golongan saudara baru Islam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri setiap tahun supaya mereka tidak berasa tersisih setelah memeluk agama Islam.

Seramai 100 saudara baru Islam di Muar menerima bantuan duit raya yang disampaikan Razali selepas mesyuarat agung itu.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan