Badminton: Tiada Cadangan Pisahkan Koo Dan Tan - Jurulatih

Diterbitkan: Isnin, 6 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Kombinasi beregu lelaki terkemuka Malaysia, Koo Kien Keat/Tan Boo Heong akan dikekalkan sehingga Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland pada 2014, kata jurulatih kebangsaan Tan Kim Her.

Tan berkata gandingan itu telahpun membuktikan kehandalan mereka dalam arena badminton dunia dan ketika ini berada pada kedudukan ke lapan dunia.

"Buat masa ini saya tidak bercadang memisahkan mereka. Mungkin tidak sehinggalah Sukan Komanwel 2014," katanya.

Dalam acara badminton Olimpik 2012 yang berakhir semalam, beregu itu melayakkan diri ke penentuan pingat gangsa namun kalah 21-23, 10-21 kepada pilihan terkemuka dari Korea Selatan, Chung Jae Sung/Lee Yong Dae.

Tan berkata beliau percaya Koo dan Tan masih merupakan beregu terbaik Malaysia sekarang memandangkan terdapat jurang yang besar antara mereka dan pemain yang lebih muda.

Pasangan Malaysia yang berikutnya dalam ranking dunia selepas Koo dan Tan ialah Lim Khim Wah/Goh V Shem yang berada di kedudukan ke-23.

Terdapat beberapa kejohanan besar sebelum Komanwel 2014 iaitu Kejohanan Dunia dan All England yang diadakan setiap tahun, Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dan Piala Thomas 2014.

Untuk rekod, Koo dan Tan adalah beregu nombor satu dunia selama enam bulan dari 2009 hingga 2010, dan memenangi beberapa kejuaraan, termasuk beregu lelaki dalam kejohanan berprestij All England 2007.

Sejak akhir-akhir ini, khabar angin bertiup kencang kononnya Koo dan Tan bakal dipisahkan ekoran prestasi hambar mereka.

Percubaan menggandingkan Koo dan Hoon Thien How, misalnya, berjaya mengetepikan beregu Korea Selatan Jung Jae Sung/Lee Yong Dae dalam kejohanan Piala Sudirman di China pada Mei, tahun lepas.

"Namun apabila Koo dan Tan digandingkan, mereka dengan mudah dikalahkan oleh lawan yang sama," kata Tan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan