Sukan Olimpik: 4 Pasangan Pemain Badminton Wanita Disingkir

Diterbitkan: Khamis, 2 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri atas: Wang Xiaoli/Yang Yu (China),Kyung Eun/Kim Ha Na (Korea Selatan) 
Dari kiri bawah: Greysia Polii/ Meiliana Jauhari (Indonesia) dan Ha Jung-eun/Kim Min-Jung (Korea Selatan).
Dari kiri atas: Wang Xiaoli/Yang Yu (China),Kyung Eun/Kim Ha Na (Korea Selatan) Dari kiri bawah: Greysia Polii/ Meiliana Jauhari (Indonesia) dan Ha Jung-eun/Kim Min-Jung (Korea Selatan).

PERSEKUTUAN Badminton Dunia (BWF) telah membuat keputusan menyingkirkan lapan pemain wanita daripada beraksi pada Sukan Olimpik 2012.

Empat pasangan beregu itu masing-masing satu dari China dan Indonesia serta dua dari Korea Selatan telah dibatalkan penyertaan mereka serta-merta setelah didakwa terlibat dengan skandal mengatur perlawanan.

"Satu perbicaraan telah diadakan dan kami telah mencapai persetujuan untuk menyingkirkan kesemua lapan pemain badminton terbabit daripada Sukan Olimpik.

"Lapan pemain wanita itu didakwa kerana bermain sambil lewa serta dengan sengaja tidak mahu memenangi perlawanan sehingga mendatangkan pandangan negatif penonton terhadap sukan badminton," kata jurucakap BWF pada Rabu.

Antara aksi yang mendapat cemuhan peminat di Arena Wembley pada Selasa ialah perlawanan antara beregu No. 1 dunia dari China, Yu Yang/Wang Xiaoli dan gandingan bukan pilihan dari Korea Selatan, Jung Kyung-eun/Kim Ha-na.

Yu Yang/Xiaoli dilihat sengaja memberi kemenangan kepada lawan mereka dari Korea Selatan itu sehingga menyebabkan mereka terus disiasat oleh BWF sejurus selepas tamat perlawanan.

Dengan kekalahan itu, Yu Yang/ Xiaoli dapat mengelak daripada menentang rakan senegara mereka, Tian Qing dan Zhao Yunlei pada peringkat suku akhir.

Selain kedua-dua beregu tersebut, dua lagi beregu yang turut menerima hukuman yang sama ialah gandingan Ha Jung-eun/Kim Min-jung dari Korea Selatan dan Meiliana Jauhari/Greysia Polii (Indonesia).

"Kami sudah layak, jadi mengapa perlu membazirkan tenaga? Ia tidak perlu untuk bekerja keras lagi kerana sudah layak ke pusingan kalah mati," kata Yu Yang.

Jurulatih Korea Selatan, Sung Han-kook pula berkata, gandingan China itu tidak mempunyai semangat kesukanan.

"Kita dapat melihat sendiri bagaimana mereka (Yu Yang/Wang Xiaoli) beraksi.

"Mereka seolah-olah sengaja tidak mahu mendapatkan mata," tegasnya.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Olimpik China dilapor telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

"Jawatankuasa Olimpik China menentang sebarang salah laku yang melanggar semangat kesukanan dan moral," kata seorang jurucakap jawatankuasa tersebut.

Sementara itu, Ketua Delegasi Olimpik Indonesia, Erick Thohir berkata, skuad badminton Indonesia akan mengemukakan rayuan berhubung hukuman tersebut.

"Pasukan China telah berulang kali melakukan perkara itu tetapi kenapa BWF tidak menegur atau mengambil tindakan, sedangkan dalam perlawanan kelmarin, China yang mula menjual permainan dan jika diberi amaran oleh BWF, tentu pasukan lain tidak mengikutnya," kata Thohir.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan