Sukan Olimpik: Beregu Negara Mara Ke Suku Akhir Walaupun Tewas

Diterbitkan: Rabu, 1 Ogos 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kien Kiat dan Boon Heong mara ke suku akhir selepas menduduki tempat kedua dalam kumpulan.
Kien Kiat dan Boon Heong mara ke suku akhir selepas menduduki tempat kedua dalam kumpulan.

LONDON: Koo Kien Keat/Tan Boon Hong terpaksa akur dengan kehebatan beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan, Chung Jae Sung/Lee Yong Dae apabila tumpas 16-21, 11-21 pada saingan akhir acara beregu Kumpulan D di Sukan Olimpik 2012.

Pasangan Malaysia itu yang berada di ranking kelapan dunia, bagaimanapun layak ke suku akhir selepas menduduki tempat kedua dalam kumpulan berkenaan dan akan bertemu juara Kumpulan B, Isara Bodin/Jongit Maneepong dari Thailand pada Khamis ini.

Jika Koo dan Tan memenangi perlawanan hari ini, mereka akan berdepan pasangan yang lebih mencabar di suku akhir iaitu beregu Indonesia, Mohammad Ahsan/Bona Septano yang muncul naib juara Kumpulan B.

Pada perlawanan yang berlangsung di Arena Wembley di sini pada Selasa, pasangan Malaysia itu mempamerkan aksi kurang bertenaga.

Kekalahan itu juga melebarkan lagi kedudukan antara kedua-dua pasangan tersebut yang mana 12 kemenangan berpihak kepada pasangan Korea Selatan berbanding dua kemenangan yang dicatatkan beregu Malaysia ke atas lawannya itu.

Pada pertemuan terakhir mereka di pusingan akhir Super Series 2011, beregu Malaysia itu mengheret perlawanan sehingga ke set penentuan sebelum dikalahkan pasangan Korea Selatan tersebut.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan