Chong Wei Perlu Ambil Serius Setiap Perlawanan Di Olimpik: Razali

Diterbitkan: Selasa, 24 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei perlu mengambil serius setiap perlawanan yang dihadapinya pada Sukan Olimpik London yang bermula secara rasmi Jumaat ini.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata walaupun undian yang dibuat berpihak kepada pemain nombor dua dunia itu, Chong Wei, 29, tidak harus melihatnya sebagai perlawanan 'pemanas badan' sebelum saingan lebih getir di peringkat seterusnya.

"Saingan pada Sukan Olimpik merupakan antara yang terhebat...jadi beliau (Chong Wei) harus fokus dalam setiap perlawanan yang dihadapinya.

"Beliau perlu melihat setiap perlawanan sebagai perlawanan penentuan (ke peringkat akhir) dan bukannya sebagai medan pemanas badan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Station of Life-The Flame of Sporting Spirit' anjuran Syarikat Prasarana Negara Berhad di Stesen LRT Bukit Jalil di sini, Selasa.

Program yang bermula Ahad lepas sehingga 12 Ogos itu bertujuan menjadikan stesen itu sebagai lokasi mempromosikan semangat kesukanan dalam kalangan warga Lembah Klang.

Pada undian yang berlangsung di London Isnin, Chong Wei berdepan laluan selesa mara ke separuh akhir apabila diundi bertemu pemain nombor 45 dunia, Ville Lang dari Finland dalam kumpulan A.

Sekiranya mara ke peringkat separuh akhir, pemain Malaysia itu dijangka berdepan cabaran getir apabila bertemu bintang muda dari China, Chen Long sebelum bertemu seteru utamanya, Lin Dan, juga dari China, andai mara ke final.

Beregu lelaki negara Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong dan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying bagaimanapun bakal menempuh laluan sukar pada peringkat 'round robin' kejohanan selepas diundi bertemu pemain ranking lebih tinggi daripada mereka.

Koo-Tan dijadual bertemu beregu nombor satu dunia Chung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea Selatan selain beregu Indonesia, Howard Bach/Tony Gunawan dan Naoki Kawamae/Shoji Sato dari Jepun dalam kumpulan D.

Beregu campuran Chan-Goh pula dijadual bertemu beregu nombor dua dunia Xu Chen/Ma Jin dari China, Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand dan Chen Hung Ling/Cheng Wan Hsing dari Taiwan dalam kumpulan D.

Mengikut format baru acara badminton yang diperkenalkan pada Olimpik London, pada pusingan awal bagi acara perseorangan, pemain akan dibahagi kepada 16 kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada empat pemain yang bersaing dalam perlawanan round robin.

Hanya juara setiap kumpulan akan bersaing dalam pusingan kalah mati.

Bagi acara beregu, 16 pasangan akan bersaing dalam empat kumpulan menerusi pusingan round robin sebelum dua gandingan terbaik daripada setiap kumpulan mara ke pusingan kalah mati. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan