Sukma 2012: Wee Nee, Mohd Adden Kuasai Acara Skuasy Individu

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Low Wee Nee dari Pulau Pinang dan atlet Selangor Mohd Addeen Idrakie Bakhtiar muncul juara wanita dan lelaki individu skuasy Sukan Malaysia (Sukma) ke-15, di Pusat Skuasy Kelab Golf Diraja, di sini, Jumaat.

Wee Nee mengetepikan pencabar dari Selangor Tan Yan Xin 11-6, 11-5, 11-6 manakala Mohd Addeen Idrakie mudah menewaskan rakan sepasukan Mohd Zul Azri Abdul Jalil Azhar 11-9, 11-0, 11-6.

Wee Nee, 20, yang gembira berjaya membawa pulang pingat emas pada edisi Sukma terakhir baginya, sebelum ini gagal menyerlah kerana terpaksa bersaing dengan kakaknya, atlet kebangsaan Wee Wern yang juga pemenang emas pada tiga edisi Sukma.

Wee Nee yang beraksi di hadapan kakaknya Wee Wern hari ini, berkata beliau memasuki gelanggang tanpa harapan tinggi kerana sudah lama tidak menentang Tan.

"Bagaimanapun pada perlawanan tadi saya dapat membaca rentaknya. Saya jadi lebih yakin dan dapat bermain dengan baik," katanya.

Mohd Addeen Idrakie pula menghadapi laluan mudah apabila lawannya Mohd Zul Azri mengalami kecederaan buku lali kanan yang menjejaskan pergerakan beliau sehingga banyak memberi mata percuma kepada Mohd Addeen Idrakie.

Ditanya mengapa beliau tidak menarik diri, Mohd Zul Azri berkata beliau tidak mahu menghampakan penonton yang hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir.

"Sebenarnya saya sudahpun mengalami kesakitan sejak semalam lagi, tapi saya tetap mahu mencuba. Sekurang-kurangnya saya berjaya meraih beberapa mata," katanya.

Sementara itu, Rachel Arnold dari Wilayah Persekutuan dan Sanjay Singh dari Sarawak memperoleh gangsa bagi acara individu wanita dan individu lelaki. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan