Jadikan Olimpik Medan Harumkan Nama Malaysia - Razif Sidek

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain beregu negara, Razif Sidek mahu pemain badminton negara menjadikan Sukan Olimpik sebagai medan terbaik untuk mereka mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Mengambil contoh semangat pemain badminton negara pada era sekitar 1980-an dan 1990-an, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Barcelona 1992 itu berkata semangat juang tinggi yang dipamer oleh pemain badminton negara ketika itu adalah semata-mata mahu melihat nama negara terukir dalam arena badminton dunia.

"Kalau zaman dahulu, kami bermain penuh semangat demi mengharumkan nama negara di arena antarabangsa.

"Ketika saya bermain pada tahun awal 1990-an, tidak banyak insentif yang diberikan oleh mana-mana badan swasta atau kerajaan...tetapi kalau lihat pada masa kini, banyak imbuhan yang menanti atlet negara yang berjaya di peringkat antarabangsa," katanya kepada Bernama, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemberian jongkong emas seberat 12.5kg bernilai RM2 juta yang diumumkan Presiden Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam semalam.

Jongkong emas itu bagaimanapun akan dibahagikan sekiranya terdapat lebih dari satu pemenang pingat emas dalam acara badminton.

Razif turut berkeyakinan skuad badminton negara terutamanya jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mampu merangkul pingat pada temasya Sukan Olimpik kali ini berdasarkan persembahan semasa dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Selain Chong Wei, empat lagi pemain badminton yang bakal menggalas cabaran negara ke temasya sukan itu ialah Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong (beregu lelaki), Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (beregu campuran) dan Tee Jing Yi (perseorangan wanita).

"Jika dilihat pada prestasi semasa, saya bersetuju bahawa Chong Wei masih merupakan taruhan utama negara untuk meraih emas Olimpik pertama negara... kalau dibandingkan dengan beregu campuran dan beregu lelaki, saya rasa peluang kita agak sukar," katanya.

Razif turut mengulangi gesaannya kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk memberi penekanan kepada program pembangunan di peringkat akar umbi dalam melahirkan bakat baru memandangkan beberapa pemain badminton negara termasuk Chong Wei akan bersara selepas Olimpik.

"Saya difahamkan empat tahun lepas, Chong Wei pernah mengajukan perkara ini (penghasilan bakat-bakat baru) kepada BAM namun tiada reaksi balas daripada mereka... apa yang penting kini ialah pemain-pemain muda diberi pendedahan sebanyak mungkin di peringkat antarabangsa.

"Seandainya perkara-perkara ini tidak dilakukan segera, saya percaya kita tidak akan dapat mencari bakal pengganti 'Chong Wei' sampai bila-bila," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan