Pemain Nombor Lima Dunia, Bintang Asia Sertai Terbuka Malaysia 2012

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor lima dunia David Ferrer dari Sepanyol dan pemain nombor 18 dunia Kei Nishikori dari Jepun adalah antara pemain handalan yang akan beraksi pada kejohanan tenis Terbuka Malaysia Jelajah Dunia ATP di Stadium Putra Bukit Jalil dari 22 hingga 30 September ini.

Pengarah kejohanan Nick Freyer berkata Ferrer adalah pemain ranking paling tinggi yang menyertai Terbuka Malaysia setelah beraksi pada perlawanan separuh akhir Terbuka Perancis 2012, perlawanan suku akhir Wimbledon dan Terbuka Australia serta muncul sebagai juara pada kejohanan di Auckland (New Zealand), Buenos Aires (Argentina) dan Acapulco (Mexico).

"Ferrer sedang mendahului senarai pemenang Jelajah ini untuk 2012. Beliau mencatat lebih banyak kemenangan berbanding pemain lain, termasuk pemain nombor satu dunia Roger Federer, Novak Djokovic (No 2) dan Rafael Nadal (No 3)," kata Freyer dalam kenyataan di sini Selasa.

Kei pula, yang merupakan pemain terkemuka Asia, pertama kali bermain di sini sebagai penerima wild card yang menduduki nombor 170 pada 2009.

"Tahun ini, beliau termasuk dalam senari 32 pemain akhir di Wimbledon dan jika beliau dapat mengekalkan prestasi, kami harap beliau akan bermain pada Terbuka Malaysia sebagai antara 10 pemain teratas September ini," kata Freyer.

Terbuka Malaysia 2012, yang menawarkan hadiah RM3.1 juta dan memasuki edisi keempatnya tahun ini, mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, sebagai penaung.

Kejohanan ini akan disiar melalui televisyen di lebih 100 negara, termasuk Malaysia, untuk tontonan lebih kurang 350 peminat tenis.

Ia mendapat pengiktirafan Persatuan Tenis Rumput Malaysia (LTAM), yang merupakan penyokong pengasas acara berkenaan.

Sebagai tradisi, sekurang-kurangnya dua kelayakan wild card akan diberi kepada pemain tempatan, manakala peluang juga terbuka bagi seorang atau dua pemain tempatan untuk menyertai pengundian utama bagi acara beregu.

Tiket untuk menyaksikan Terbuka Malaysia 2012 boleh didapati melalui TicketCharge, dengan menghubungi talian 603-92228811 dan melalui laman web http://www.malaysianopentennis.com/2012/tickets.php.

Tiket berharga RM10 hingga RM100 untuk menyaksikan kejohanan ini adalah antara yang paling rendah untuk menyaksikan mana-mana kejohanan Jelajah Dunia ATP. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan