Webber Juarai GP Britain

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Pelumba Australia, Mark Webber meraikan kemenangannya memenangi GP Britain pada Ahad.
Pelumba Australia, Mark Webber meraikan kemenangannya memenangi GP Britain pada Ahad.

SILVERSTONE: Pelumba Australia, Mark Webber daripada pasukan Red Bull memenangi Grand Prix Britain di litar Silverstone pada Ahad.

Kemenangan Webber sekaligus mengetepikan saingan Fernando Alonso daripada pasukan Ferrari yang terpaksa akur di tempat kedua.

Keputusan tersebut membolehkan Webber mendapat 13 mata.

Pada tahun lalu, Alonso memenangi kejuaraan GP di Silverstone namun beliau terpaksa akur dengan kehebatan Webber yang memecut laju sekaligus meninggalkannya di enam pusingan terakhir.

Keputusan tersebut membolehkan pelumba berusia 35 tahun itu mencatatkan kemenangan kedua pada musim ini selepas kejohanan GP di Monaco.

Kini Webber mengumpul 116 mata sementara Alonso masih lagi dihadapan dengan 129 mata daripada 9 perlumbaan.

"Satu hari yang bagus untuk kami dan hari yang istimewa apabila saya menang di sini.

"Ia sangat menakjubkan," katanya ditemuramah oleh juara dunia, Jackie Stewart di podium.

Rakan sepasukan Webber daripada Red Bull, Sebastian Vettel yang juga juara dunia dua kali berada di tempat ketiga.

Pelumba Brazil Felipe Massa daripada pasukan Ferrari di tempat keempat sementara dua pelumba Lotus, Kimi Raikkonen dan Romain Grosjea ditempat kelima dan keenam. -REUTERS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan