Tenis Wimbledon: Marray-Nielsen Ungguli Kategori Beregu Lelaki - Raket | mStar

Tenis Wimbledon: Marray-Nielsen Ungguli Kategori Beregu Lelaki

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Marray (kanan) dan Nielsen meraikan kejayaan mereka pada aksi final beregu lelaki.
Marray (kanan) dan Nielsen meraikan kejayaan mereka pada aksi final beregu lelaki.

LONDON: Jonathan Marray muncul pemain pertama Britain sejak 1936 untuk memenangi kategori beregu lelaki kejohanan Tenis Wimbledon bersama pasangannya, Frederik Nielsen, awal pagi Ahad.

Marry dan Nielsen yang beraksi atas tiket wildcard mempamerkan aksi bertenaga untuk menumpaskan pemain pilihan kelima Robert Lindstedt dan Horia Tecau.

Pasangan dari Britain dan Denmark itu mencatatkan kemenangan 4-6 6-4 7-6 6-7 6-3 pada aksi final selepas Nielsen melakukan pukulan voli untuk mengutip mata kemenangan.

Ia merupakan kejuaraan pertama Marray dan Nielsen setakat ini.

Dalam aksi separuh akhir, pasangan itu turut dipaksa bekerja keras sebelum berjaya menundukkan pemain pilihan kedua dari Amerika Syarikat, Bob dan Mike Bryan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan