Tenis Wimbledon: Murray Bertemu Federer Pada Aksi Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 7 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Murray (kiri) dan Federer akan berentap pada aksi final Tenis Wimbledon pada Ahad.
Murray (kiri) dan Federer akan berentap pada aksi final Tenis Wimbledon pada Ahad.

ANDY Murray menamatkan penantian Britain selama 74 tahun selepas mara ke saingan akhir Wimbledon, selepas pemain nombor empat dunia itu mengalahkan Jo-Wilfried Tsonga dari Perancis, 6-3, 6-4, 3-6, 7-5 dalam perlawanan separuh akhir, Jumaat malam.

"Ia satu perlawanan sengit hingga ke akhir permainan dan kami berdua mempunyai peluang untuk menang.

"Saya bermula dengan baik dan kalah satu permainan pada awal pukulandan pada set ketiga saya mula bangkit.

"Sebelum itu saya ada terfikir akan kalah pada set tersebut tetapi saya tetap bertenang walaupun tidak mudah.

"Terlalu banyak tekanan apabila kamu berada di atas gelanggang. Yang penting kamu perlu fokus.

"Saya juga melakukan permainan baik kerana dia (Tsonga) bermain lebih baik daripada saya," jelas Murray.

Murray akan berdepan juara enam kali, Roger Federer dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung pada Ahad.

Sebelum itu, Federer mencatat rekod lapan kali mara ke saingan akhir Wimbledon selepas menumpaskan pemain nombor satu dunia dan penyandang juara, Novak Djokovic 6-3, 3-6, 6-4, 6-3.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan