Tenis Wimbledon: Radwanska, Serena Mara Ke Final

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Radwanska menamatkan kemarau 73 tahun Poland mara ke final acara Grand Slam.
Radwanska menamatkan kemarau 73 tahun Poland mara ke final acara Grand Slam.

AGNIESZKA Radwanska menamatkan kemarau 73 tahun Poland mara ke final acara Grand Slam selepas menewaskan pemain Jerman, Angelique Kerber, 6-3 6-4 pada aksi separuh akhir Wimbledon, London pada Rabu malam.

Penampilan sulung pemain nombor tiga dunia itu menyamai pencapaian rakan senegaranya Jadwiga Jedrzejowska yang mara ke final Terbuka Perancis pada tahun 1939.

"Saya sangat teruja dan berpuas hati kerana telah cuba bermain sebaik mungkin. Ia bukan perkara mudah, lebih-lebih lagi bertemu Angie.

"Walaupun berkawan baik, kami tetap bertarung untuk ke final. Impian saya untuk ke final Grand Slam tercapai dan ia menjadikan minggu terbaik saya," katanya.

Sementara itu, pada aksi final esok (Sabtu), Radwanska bakal bertemu dengan juara 13 kali Grand Slam, Serena Williams yang menewaskan pemain Belarus, Victoria Azarenka 6-3 7-6 (8-6) pada aksi sama semalam.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan