Kejohanan Wimbledon: Serena Padam Impian Kvitova

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Serena teruja selepas menewaskan Kvitova pada aksi suku akhir, Rabu.
Serena teruja selepas menewaskan Kvitova pada aksi suku akhir, Rabu.

IMPIAN Petra Kvitova untuk mempertahankan gelaran Wimbledon musnah apabila disingkirkan Serena Williams, 6-3,7-5 pada aksi suku akhir Kejohanan Tenis Wimbledon, London, Rabu.

Satu lagi aksi suku akhir menyaksikan Victoria Azarenka menewaskan Tamira Paszek 6-3,7-6 bagi melangkah kaki ke saingan separuh akhir.

Serena akan bertemu pemain dari Belarus yang juga berada di ranking kedua dunia, Azarenka.

Sementara itu Sabine Lisicki yang menewaskan Maria Sharapova pada aksi pusingan kelima sebelum ini tewas kepada pemain Jerman Angelique Kerber, 6-3,6-7,7-5 sekaligus mara ke aksi separuh akhir dan akan bertemu Agnieswzka Radwansa yang telah menewaskan Maria Kirilenko (7-5, 4-6,7-5).

"Saya boleh mara pada peringkat seterusnya kerana saya berlawan dengan penyandang juara kejohanan ini.

"Ia sangat sukar tetapi saya tidak ada apa yang tewas bagi saya. Saya sangat gembira untuk mengecapi saat ini," jelas Serena.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan