Tenis Wimbledon: Federer, Djokovic Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roger Federer mempamerkan persembahan bertenaga pada pusingan suku akhir tenis Wimbledon, malam Rabu.
Roger Federer mempamerkan persembahan bertenaga pada pusingan suku akhir tenis Wimbledon, malam Rabu.

LONDON: Pemain ranking ketiga dunia, Roger Federer mara ke peringkat separuh akhir kejohanan tenis Wimbledon selepas menundukkan Mikhail Youzhny dari Rusia 6-1, 6-2, 6-2 pada aksi suku akhir, malam Rabu.

Ia merupakan perlawanan kelapan Federer pada aksi separuh akhir Wimbledon.

Pemain pilihan ketiga dan juara enam kali itu mempamerkan persembahan mantap di Centre Court.

"Saya bermain dengan baik sekali hari ini. Ia seperti yang saya inginkan. Saya amat gembira kerana dapat kembali beraksi pada separuh akhir kejohanan ini," katanya.

Perlawanan tersebut turut disaksikan Putera William dan isterinya, Kate Middleton serta bekas juara Wimbledon, Andre Agassi dan Steffi Graf.

"Saya berasa begitu bersemangat apabila melihat Putera William dan legenda tenis dunia menyaksikan perlawanan ini," katanya.

Dalam perlawanan berasingan, pemain pilihan utama dan juara bertahan, Novak Djokovic menepati ramalan apabila menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan Florian Mayer dari Jerman 6-4, 6-1, 6-4.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan