Tenis Wimbledon: Sharapova Kecundang Di Tangan Lisicki

Diterbitkan: Selasa, 3 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lisicki menangis kegembiraan selepas menewaskan Sharapova dari Rusia.
Lisicki menangis kegembiraan selepas menewaskan Sharapova dari Rusia.

LONDON: Harapan Maria Sharapova untuk menjuarai kejohanan Wimbledon keduanya tidak kesampaian apabila pemain No.1 dunia itu tewas 6-4, 6-3 di tangan pemain Jerman, Sabine Lisicki pada pusingan keempat.

Pukulan kencang Lisicki yang juga pemain ranking ke-15 dunia menyebabkan Sharapova hilang arah dan melakukan beberapa kesilapan mudah.

Lisicki akan bertemu rakan senegara, Angelique Kerber yang menewaskan pemain Belgium, Kim Clijster di pusingan suku akhir.

"Kemenangan ini diluar jangkaan saya. Saya amat gembira. Saya pernah tewas dalam tiga pertemuan dengan Sharapova sebelum ini.

"Saya terus berjuang sehingga pukulan untuk mata terakhir. Malah, corak permainan saya bertambah baik dari masa ke semasa," kata Lisicki.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan