Latihan Akhir Beregu Campuran Tumpu Asah Kekuatan

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Latihan beregu campuran negara Goh Liu Ying dan Chan Peng Soon pada minggu-minggu terakhir menjelang Sukan Olimpik London, akan difokuskan kepada mengasah kekuatan yang ada pada gandingan itu.

Jurulatih Jeremy Gan berkata tumpuan latihan kini adalah bagi memantapkan kelebihan yang ada pada beregu nombor tujuh dunia itu di samping meningkatkan keyakinan diri serta memupuk pemikiran positif kepada kedua-dua pemain itu.

"Persediaan (beregu campuran ini) berjalan lancar," katanya.

Goh-Chan merupakan beregu campuran pertama negara beraksi di Olimpik apabila acara itu buat julung kalinya dipertandingkan pada temasya di London.

Juara Asia 2010 itu diramal mampu meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa berdasarkan aksi cemerlang muncul juara pada Terbuka Malaysia, April lepas selain naib juara di Terbuka Australia pada Mac.

Prestasi gandingan itu, bagaimanapun sedikit merosot bulan lepas apabila sekadar menduduki kelompok 16 terbaik pada Terbuka Indonesia manakala di Terbuka Singapura, Goh-Chan terkandas di peringkat separuh akhir.

Gan, bagaimanapun tidak merasakan keputusan itu sesuatu yang perlu dibimbangkan.

"Penyertaan di Terbuka Indonesia dan Singapura lebih merupakan persediaan untuk Olimpik, jadi memang saya tidak mensasarkan mereka bermain bagus.

"Permainan mereka (di kedua-dua kejohanan itu) okay, cuma masih tidak mencapai tahap yang tinggi. Ia lebih kepada menguji keupayaan mereka," katanya.

Mengulas mengenai sistem 'round robin' yang pertama kali diperkenalkan di Olimpik, Gan berkata pusingan tersebut memberi peluang kepada pemain 'memanaskan badan' serta membiasakan diri dengan 'mood' kejohanan.

"Round robin ini bagus. Bukan selalu pemain dapat terus bermain dengan baik dalam pusingan pertama. Saya harap mereka (Goh-Chan) dapat melepaskan semua tekanan mereka pada peringkat round-robin," katanya.

Selain itu, Gan berkata anak buahnya kini berada dalam kondisi baik dan bersedia untuk bertanding walaupun masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.

Chan baru pulih daripada kecederaan pergelangan tangan kanan manakala Goh dilaporkan mengalami kesakitan pada lengan kanan.

"Tentang kecederaan mereka, saya tidak risau. Ia bukanlah kecederaan yang teruk dan mereka juga sedang mengikuti proses pemulihan. Masih ada masa untuk sembuh sepenuhnya," kata beliau.

Goh-Chan bersama skuad badminton negara ke Olimpik, akan berlepas ke Bath, United Kingdom untuk latihan pusat pada 12 Julai sebelum mendaftar di perkampungan sukan di London pada 22 Julai.

Turut beraksi di Olimpik London ialah jaguh dunia Datuk Lee Chong Wei, beregu lelaki Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan perseorangan wanita Tee Jing Yi.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan