Wimbledon: Nadal Dikejutkan Pemain Tidak Ternama

Diterbitkan: Sabtu, 30 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nadal terus meninggalkan padang sebaik saja berjabat tangan dengan Rosol (kiri).
Nadal terus meninggalkan padang sebaik saja berjabat tangan dengan Rosol (kiri).

LONDON: Pemain Sepanyol, Rafael Nadal tewas lima set di tangan pemain tidak ternama dari Republik Czech, Lukas Rosol pada pusingan kedua kejohanan tenis Wimbledon, Jumaat.

Kekalahan itu merupakan kejutan terbesar dalam sejarah grand slam.

Sebelum ini, hanya tiga nama yang sering menguasai setiap grand slam di peringkat separuh akhir iaitu Novak Djokovic, Nadal dan Roger Federer.

Malangnya, Nadal tersingkir di tangan pemain ke-100 dunia itu dengan 6-7, 6-4, 6-4, 2-6, 6-4.

“Saya amat terkejut kerana saya dapat melakukan di Court Wimbledon. Saya memang tidak menjangkakannya,” kata Rosol.

Terdahulu, Rosol pernah beraksi lima kali di Wimbledon tetapi semuanya berakhir dengan kekalahan di pusingan awal kelayakan.

Nadal yang juga pemain nombor dua dunia dan pilihan kedua kejohanan itu sebelum ini sampai ke perlawanan akhir Wimbledon sebanyak lima kali dan memenangi kejohanan itu dua kali.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan