Kejohanan Wimbledon: Tersingkir Awal, Venus Belum Mengalah

Diterbitkan: Selasa, 26 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Venus kelihatan kecewa selepas tewas pada aksi pertama Kejohanan Tenis Wimbledon, London pada Isnin malam.
Venus kelihatan kecewa selepas tewas pada aksi pertama Kejohanan Tenis Wimbledon, London pada Isnin malam.

BEKAS juara lima kali, Venus Williams tersingkir awal pada aksi perlawanan pembukaan Kejohanan Tenis Wimbledon apabila tewas 6-1 6-3 kepada pemain Rusia, Elena Vestina pada Isnin malam.

Ia merupakan kekalahan terawal bagi bekas pemain nombor satu dunia ini di Wimbledon sejak aksi pertamanya di London pada tahun 1997 dan turut terkeluar pada saingan kedua di Roland Gross bulan lalu.

Situasi ini menjadi tanda tanya mengenai masa depannya dalam dunia tenis setelah berkecimpung lebih satu dekad.

Pemain berusia 32 tahun ini dilihat bekerja keras untuk kembali mewarnai dunia tenis selepas disahkan mengalami penyakit Sindrom Sjogren (penyakit autoimun sistemik yang menyerang sel imun).

Venus kembali menyertai jelajah pada Mac lalu setelah hampir tujuh bulan berehat agak tersinggung dengan pandangan sesetengah pihak yang menyuruhnya bersara.

"Saya tidak akan berdiam diri dan hanya duduk melihat sahaja kerana itu bukan cara saya walaupun enam hingga tujuh perlawanan sebelum ini saya kalah.

"Saya seorang yang sangat cekal dan bukan cepat mengalah," jelas pemain Amerika Syarikat ini yang turut gagal melakukan servis pertama pada perlawanan tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan