Kejohanan Wimbledon: Djokovic, Sharapova Jadi Pilihan Utama - Raket | mStar

Kejohanan Wimbledon: Djokovic, Sharapova Jadi Pilihan Utama

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Novak Djokovic
Novak Djokovic

PEMAIN nombor satu dunia, Novak Djokovic dan juara Terbuka Perancis, Maria Sharapova menjadi pilihan utama perseorangan lelaki perseorangan wanita pada kejohanan Wimbledon yang akan berlangsung di London Isnin ini.

Acara lelaki turut menyaksikan Rafael Nadal (juara Terbuka Perancis tujuh kali), Roger Federar (juara enam kali Wimbledon) dan Andy Murray mengisi kedudukan empat teratas.

Juara bertahan, Petra Kvitova diletakkan sebagai pemain pilihan keempat.

Sarena Williams menjadi pilihan keenam, tetapi kakaknya, Venus yang merupakan juara lima kali di Selatan London ini bakal menjadi salah seorang pemain pilihan bagi mengelakkan dia tercicir daripada kelompok 32 yang mana kini dia berada di ranking ke-55.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan