Dilanda Krisis Keluarga, Chong Wei Tetap Fokus Misi Olimpik

Diterbitkan: Selasa, 12 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun menghadapi tekanan akibat krisis keluarga, perseorangan badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tetap mengutamakan misi yang diamanahkan kepada beliau, iaitu meraih emas pertama negara di Olimpik.

Tinjauan Bernama di Stadium Juara Bukit Kiara pagi ini mendapati jaguh badminton itu sedang menjalani rawatan fisioterapi.

Jurulatih Tey Siu Bock berkata Chong Wei buat masa ini belum meminta izin untuk pulang ke Pulau Pinang bagi melawat ahli keluarganya.

"'So far' saya tengok beliau OK. Beliau masih boleh 'handle'. Beliau banyak tumpu pada rawatan.

"Apapun yang menimpa saya tahu beliau akan cuba melakukan yang terbaik," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Juara All England 2011 itu kini dalam proses pemulihan kecederaan ligamen buku lali kanannya yang terkoyak ketika Kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China bulan lepas.

Tidak cukup dengan itu, beliau diuji pula dengan masalah keluarga apabila bapanya Lee Ah Chai, 59, dilaporkan cuba membunuh diri Ahad lepas.

Atlet berusia 30 tahun itu, difahamkan, telah meminta abangnya Joe Lee untuk pulang ke Pulau Pinang bagi memantau serta meredakan keadaan.

Selain itu Tey berkata kecederaan yang dialami Chong Wei mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya sebelum temasya Olimpik di London yang akan bermula pada 27 Julai hingga 12 Ogos ini.

"Buat masa ini beliau akan terus menjalani rehab dan membuat latihan ringan.

"Beliau akan kembali berlatih pada tahap sebenar apabila sudah mampu," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan