Nusa Mahsuri Mahu Terus Perkasakan Sukan Badminton - Raket | mStar

Nusa Mahsuri Mahu Terus Perkasakan Sukan Badminton

Diterbitkan: Ahad, 10 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kelab Badminton Nusa Mahsuri mahu memastikan negara berupaya melahirkan jaguh sukan badminton bertaraf dunia menerusi usaha mengesan bakat sejak awal di seluruh negara.

Penasihat kelab Jalani Sidek berkata, untuk itu, kelab tersebut sedang bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi penganjuran kem bakat badminton bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Pemain berbakat perlu didedahkan seawal mungkin bagi memastikan mereka terus menyerlah, kata bekas pemain beregu kebangsaan itu kepada pemberita selepas berakhirnya Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri, di sini Ahad.

Katanya, menerusi kem tiga hari mereka mengenal pasti tujuh pemain berbakat yang harus diketengah.

"Mereka seharusnya dibawa ke Kuala Lumpur atau didedahkan dengan kejohanan-kejohanan yang berupaya membentuk mereka menjadi pemain yang hebat," katanya menambah Nusa Mahsuri akan mengemukakan laporan kepada KBS mengenai pencapaian kem tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Perlis Abdul Haris Ishak yang turut hadir berkata, kem bakat KBS-Nusa Mahsuri tersebut berupaya mengumpul pemain badminton yang masih di bangku sekolah untuk diketengahkan.

Seramai 60 peserta terbabit dalam kem tersebut yang dikendali bekas jaguh badminton negara Datuk Misbun Sidek. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan