Terbuka Perancis: Djokovic, Federer Mara Selepas Bertarung Lima Set

Diterbitkan: Rabu, 6 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Novak Djokovic dan Roger Federer masing-masing dikerah bermain lima set sebelum terselamat dalam pusingan suku akhir pada kejohanan tenis Terbuka Perancis, awal pagi Rabu.

Djokovic, pemain pilihan utama menang ke atas Jo-Wilfried Tsonga selepas diheret permainan lima set 6-1, 5-7, 5-7, 7-6 (8/6), 6-1 bagi melangkah ke separuh akhir.

Pemain pilihan ketiga, Federer turut mara untuk menyamai rekod Grand Slam ke-31 selepas terpaksa bertarung lima set penuh oleh pemain Argentina, Juan Martin del Potro sebelum menang 3-6, 6-7 (4/7), 6-2, 6-0, 6-3.

Selepas juara di Wimbledon, Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan Terbuka Australia, Djokovic dalam burun menjadi pemain tenis ketiga untuk menjuarai keempat-empat kejuaraan Grand Slam dalam satu musim.

Tsonga hampir merampas laluan ke separuh akhir apabila gagal menyempurnakan empat mata akhir untuk menjadi pemain Perancis kedua menang di Roland Garros selepas Yannick Noah pada 1983.

"Dia adalah pemain yang semakin hebat dalam setiap perlawanan dan saya bernasib baik terselamat daripada empat mata akhir. Ia satu perlawanan yang menakjubkan," kata Djokovic. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan