Sukma 2012: Terengganu Idam Pingat Acara Badminton

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Badminton Negeri Terengganu (PBNT) yakin latihan sebulan di Indonesia akan menghasilkan pingat untuk pasukan itu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang bulan depan.

Pengurus pasukan Noordin Hashan berkata PBNT menghantar enam pemain terbaiknya berlatih bersama beberapa kelab badminton di Jakarta, Bandung dan Jawa Tengah sejak 6 Mei sehingga 2 Jun lepas.

"Mereka yang terdiri daripada tiga atlet lelaki dan tiga wanita turut menyertai kejuaraan bulu tangkis di sana," katanya.

Enam pemain terbabit ialah Mohd Shahdan Mohd Desa, Mohd Syasir Mohamad, Mohd Arif Akib Hashim, Nor Adina Abdullah, Siti Fatihah Abdullah dan Siti Farah Fahana Mat Junoh.

Noordin berkata prestasi atlet terbabit semakin meningkat dan dalam usaha memantapkan lagi persediaan, PBNT menggunakan khidmat seorang pemain badminton Indonesia sebagai rakan sepelatih kepada atlet berkenaan.

PBNT katanya turut membariskan enam atlet muda sebagai pasukan pelapis pada Sukma 2012 bagi membolehkan mereka menimba pengalaman untuk persediaan Sukma 2014.

Mereka ialah Ahmad Ahasan Syarafi Rahmat, Goh Kai Kit, Mohd Sayyidan Mohamad, Nazatul Syuhada Mohd Amran, Tok Swee Sing dan Tok Swee Tee.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan