Chong Wei Mula Jalani Latihan

Diterbitkan: Isnin, 4 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kecederaan yang dialami perseorangan badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei tidak menghalang beliau daripada menjalani latihan di Stadium Juara Bukit Kiara pagi Isnin.

Bagaimanapun, jurulatih Tey Siu Bock berkata Chong Wei hanya akan mengikuti latihan ringan setiap hari, iaitu 50 peratus daripada tahap latihan yang biasa dilakukan atlet itu.

"Buat masa ini fokus utama beliau (Chong Wei) adalah pada 'rehab' (proses pemulihan).

"Beliau hanya akan menjalani latihan ringan iaitu menumpukan pada tangan saja. Tak boleh terlalu berat kerana takut akan menjejaskan lagi kecederaan beliau," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan.

Atlet berusia 30 tahun itu mengalami kecederaan buku lali kanan ketika Kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China bulan lepas.

Beliau yang dijadualkan beraksi di Olimpik London pada Julai, kini menjalani rawatan fisio di bawah kendalian Institut Sukan Negara (ISN).

Tinjauan Bernama mendapati jaguh badminton negara itu kelihatan bersemangat serta masih mampu melakukan pukulan kencang meskipun tidak banyak melakukan gerakan kaki dan lompatan.

Beliau berlatih lebih kurang 30 minit bersama Tey sebaik sahaja selesai sesi terapi fisio.

Tey berkata beliau akan sentiasa memantau proses pemulihan anak buahnya itu menerusi maklum balas yang diterima setiap minggu daripada ISN.

"Kita pun tak tahu berapa cepat proses pemulihan beliau. Mungkin ambil masa empat hingga lima minggu lagi, bagaimanapun kita akan sentiasa mendapatkan maklum balas daripada doktor yang merawat beliau," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan