Chong Wei Perlu Lebih Masa Untuk Sembuh - Pakar Fisioterapi

Diterbitkan: Jumaat, 1 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tidak mungkin pulih daripada kecederaan buku lali kanannya dalam masa empat minggu seperti diramalkan sebelum ini, kata pakar fisioterapi Institut Sukan Negara (ISN) Sandra Fiedler.

Beliau berkata pemain perseorangan nombor satu dunia itu harus diberi tempoh sekurang-kurangnya lima hingga enam minggu untuk sembuh sepenuhnya.

"Saya tidak fikir (boleh pulih dalam tempoh minggu). Kecederaan itu boleh bertambah teruk sekiranya beliau memaksa dirinya terlalu kuat.

"Bagaimanapun, beliau dalam keadaan fizikal yang baik...jadi pemulihan boleh dipercepatkan sedikit," katanya kepada pemberita selepas sesi fisioterapi atlet itu di Stadium Juara Bukit Kiara di sini, Khamis.

Beliau berkata Chong Wei juga harus sentiasa mengekalkan tahap kecergasannya bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan.

Chong Wei yang berada di situ enggan ditemu ramah oleh media.

Tendon buku lali kaki kanan juara All England tiga kali itu koyak ketika menentang pemain Denmark Peter Hoeg Gade pada peringkat kumpulan Piala Thomas di Wuhan, China, minggu lepas.

Kecederaan itu menjejaskan persiapan atlet itu dalam menghadapi Sukan Olimpik London Julai ini, apatah lagi beliau merupakan sandaran emas pertama negara dalam kejohanan sukan terbesar dunia itu.

Sementara itu, Fiedler juga tidak menolak kemungkinan Chong Wei mengalami trauma akibat kecederaan tersebut.

"Saya mengandaikan bahawa selalu ada semacam ketakutan mengimbas kembali kejadian itu tetapi ia adalah sebahagian daripada latihan fisio yang anda cuba untuk memulihkan kembali kenyakinan atlet berkenaan," katanya.

Chong Wei dijangka mengikuti semula latihan ringan esok. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan