Terbuka Perancis: Federer, Djokovic Mara Ke Pusingan Ketiga

Diterbitkan: Khamis, 31 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Federer ketika menewaskan Ungur pada pusingan kedua Terbuka Perancis, awal pagi Khamis.
Aksi Federer ketika menewaskan Ungur pada pusingan kedua Terbuka Perancis, awal pagi Khamis.

ROGER Federer dan Novak Djokovic mempamerkan aksi menakjubkan apabila masing-masing berjaya melangkah kaki ke pusingan ketiga pada Kejohanan Tenis Terbuka Perancis, awal pagi Khamis.

Bekas juara, Federer mencatat rekod kemenangannya gram-slam yang ke-234 selepas melepaskan pelaung mengutip dua mata pada set ketiga ketika tie-break sekaligus mengheret permainan hingga ke set keempat sebelum menewaskan pemain Romania, Adrian Ungur dengan keputusan 6-3, 6-2, 6-7, 6-3.

"Selain bermain secara agresif, saya juga turut memberi peluang kepadanya untuk menunjukkan apa yang dia ada. Tenyata dia berjaya mengutip dua mata dengan baik," katanya.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Djokovic menyasarkan untuk menjadi pemain pertama meraih empat gelaran grand-slam dalam tempoh 43 tahun.

Djokovic menewaskan lawan dari Slovenia, Blaz Kavcic 6-0 6-4 6-4 selepas menempuh perlawanan sengit pada aksi kedua itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan