BAM Jangan Terlalu Bergantung Kepada Pemain Elit - Zolkples Embong

Diterbitkan: Rabu, 30 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) digesa supaya tidak terlalu bergantung kepada pemain elit jika mahu prestasi badminton negara terus meningkat.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong berkata pada masa ini, BAM terlalu mengharapkan pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan kurang memberikan pendedahan kepada pemain pelapis menyertai kejohanan antarabangsa.

"Saya selalu sebut, jangan terlalu bergantung kepada pemain elit yang ada sekarang. Bagi saya perseorangan negara yang betul-betul elit hanya Datuk Lee Chong Wei.

"Saya sudah cakap banyak kali supaya memberi pendedahan kepada pemain pelapis seperti Zulfadli Zulkifli, Misbun Ramdan Misbun dan Muhd Syawal Mohd Ismail. Saya pernah cadangkan supaya hantar mereka ke Piala Thomas tapi mereka (BAM) lebih pakar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-29 di Dewan Bankuet UPM di Serdang, dekat sini hari ini.

Zolkples turut meluahkan kekecewaan terhadap prestasi beberapa pemain elit lain yang tidak konsisten.

"Saya rasa inilah masanya, sama ada kita suka atau tidak, kita dedahkan pemain pelapis kita yang masih muda. Pendedahan kepada pemain muda ini bukan sahaja untuk Piala Thomas akan datang tetapi untuk kejohanan peringkat antarabangsa yang lain," katanya.

Zolkples juga tidak menafikan sukan badminton negara kini berdepan masalah kekurangan pemain berbakat besar, sama seperti beberapa sukan lain.

"Dalam sukan apa pun kita tiada kelompok besar pemain baru. Masalah ini juga dihadapi oleh negara lain seperti Indonesia. Saya akui untuk melahirkan atlet bertaraf dunia bukannya mudah," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan