Lin Dan Anggap Pertemuan Dengan Liew Darren Paling Menarik

Diterbitkan: Ahad, 27 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WUHAN: Lin Dan menyifatkan pertemuan beliau dengan pemain muda dari Malaysia, Liew Darren sebagai paling menarik baginya pada kejohanan badminton berpasukan lelaki Piala Thomas, yang diadakan di sini sepanjang minggu ini.

Perseorangan nombor dua dunia itu berkata beliau menghargai peluang menentang pemain muda seperti Darren yang pada pendapatnya berpotensi untuk pergi lebih jauh jika diberi lebih banyak pendedahan.

"Pihak media hanya memberi tumpuan kepada (Datuk) Lee Chong Wei sedangkan masih ramai lagi pemain muda yang patut diberi perhatian.

"Mereka (pemain muda) perlu diberi lebih banyak peluang beraksi dan membuktikan kebolehan mereka, dengan cara ini barulah ada harapan dalam arena sukan badminton," katanya kepada pihak media selepas pusingan akhir kejohanan itu di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini, Ahad.

Dalam perlawanan itu, Lin Dan menewaskan Lee Hyun Il dari Korea Selatan 21-14, 21-17 bagi meraih mata pertama China.

China menang 3-0 ke atas Korea Selatan sekaligus merangkul kejuaraan kali sembilan piala berprestij itu.

Menjelang Olimpik London Julai ini, Lin Dan berkata beliau akan memberi fokus pada setiap pesaingnya dan bukan hanya perseorangan nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei.

"Kebanyakan lawan saya bermain lebih tenang. Walaupun mereka mendapat satu mata mereka telah menganggap itu sebagai satu kelebihan buat mereka.

"Bagaimanapun saya tidak boleh leka, saya harus memberi perhatian kepada setiap lawan dan saya harap dapat bermain dengan baik di Olimpik seperti pada tahun 2008," katanya yang telah meraih emas pada Olimpik 2008 di Beijing.

Juara dunia empat kali itu turut menafikan kenyataan sesetengah pihak bahawa beliau tidak menunjukkan persembahan terbaik pada kejohanan Piala Thomas ini dan sedang menyimpan kekuatan sebenarnya untuk Olimpik.

Ini kerana beliau tidak memenangi perlawanan dengan jarak mata yang jauh selain diberi tentangan sengit oleh pihak lawan.

"Saya tidak peduli sama ada saya menang mudah atau sukar, yang penting adalah kemenangan.

"Pemain-pemain negara lain juga tidak takut menentang pasukan China dan walaupun itu memberi tekanan pada saya, saya tetap akan melakukan yang terbaik dan bermain dengan kekuatan sebenar. Ini adalah cara saya menghormati pihak lawan," kata atlet berusia 29 tahun itu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan