Rashid Yakin Pelapis Negara Bersinar Pada Kejohanan Super Siri

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Walaupun Skuad Piala Thomas Malaysia gagal mencapai misi ke separuh akhir di Wuhan, China, ia tidak bermakna bahawa peluang mereka telah tertutup.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata masih terdapat banyak lagi Kejohanan Siri Super yang masih boleh disertai, khususnya buat pemain pelapis negara sepanjang tahun ini.

"Kegagalan ini bukan penamat segala-galanya, sebaliknya pemain kita masih mempunyai banyak peluang lagi untuk memperbaiki prestasi dan kemampuan mereka," katanya kepada pemberita bersama skuad Piala Thomas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini Jumaat.

Beliau berkata kejohanan terdekat yang akan disertai skuad badminton negara ialah Kejohanan Siri Super Premier Indonesia dari 12-17 Jun ini.

Rashid berkata beliau percaya anak didiknya masih bersemangat untuk mengikuti kejohanan yang berikutnya, sambil mengharapkan mereka tidak patah hati walaupun gagal dalam misi kali ini.

Sementara itu, pemain perseorangan kedua negara, Liew Daren berkata peluang beraksi bersama jaguh badminton China, Lin Dan banyak memberi pengalaman baru buat dirinya.

"Saya tidak sangka mampu mengalahkan Lin Dan pada set pertama dengan kemenangan 21-17, ia satu pengalaman yang cukup berharga kepada saya kerana bukan mudah untuk menumpaskan jaguh China tersebut," katanya.

Beliau berkata kejayaan mencuri set pertama daripada Lin Dan, memberi semangat baru dan keyakinan buat dirinya untuk beraksi lebih baik di kejohanan akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan