Chong Wei Perlu Kekuatan Mental - Pensyarah Sains Sukan - Raket | mStar

Chong Wei Perlu Kekuatan Mental - Pensyarah Sains Sukan

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, yang dijangka sembuh dalam masa empat minggu selepas mengalami kecederaan buku lali, perlu mengumpul kekuatan minda sebelum beraksi pada temasya Sukan Olimpik di London yang akan membuka tirai dalam masa 62 hari lagi.

Pensyarah kanan Sains Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad berpendapat Chong Wei perlu mendapat bantuan pakar psikologi sukan di Institut Sukan Negara (ISN) bagi memastikan beliau pulih 100 peratus dari segi kekuatan mental dan keyakinan diri sebelum menyambung pemburuan pingat emas pertama negara di London nanti.

"Untuk kembali bangkit ke tahap keyakinan sebelum ini, Chong Wei perlu mendapat kekuatan mental yang secukupnya agar dapat mengatasi tekanan akibat kecederaan yang dialami," katanya pada Sabtu.

Chong Wei mengalami kecederaan buku lali kanan ketika beraksi mewakili Malaysia menentang pemain Denmark Peter Hoeg Gade pada kejohanan Piala Thomas yang berlangsung di Wuhan, China Selasa lepas yang memaksanya menarik diri daripada kejohanan itu.

Beliau kemudiannya pulang ke tanah air dan mendapat rawatan daripada dua pakar ortopedik iaitu Dr Saw Khay Yong dan Dr Nicholas Geary di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) dan dilaporkan akan pulih dalam masa empat minggu.

Kamaruddin yang pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan, berkata pemulihan kekuatan mental perlu disegerakan bagi memastikan Chong Wei tidak berhadapan dengan situasi hilang keyakinan atau was-was untuk membuat keputusan apabila beraksi di gelanggang kelak.

Beliau juga berpendapat sepanjang tempoh empat minggu itu, adalah lebih baik jika Chong Wei tidak melakukan latihan berat sebaliknya hanya menjalani latihan bercorak pemulihan kerana dikhuatiri akan mendatangkan mudarat kepada dirinya.

Katanya jurulatih perlu memainkan peranan penting bagi memastikan Chong Wei tidak berdepan dengan risiko kecederaan sepanjang tempoh empat minggu ini.

"Dalam tempoh pemulihan jurulatih perlu mengambil berat dengan keadaan semasa Chong Wei dan bijak mengatur tindakan selanjutnya bagi memastikan jaguh badmintion negara itu kembali pulih sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata semua atlet terdedah kepada kecederaan ketika perlawanan dan beliau tidak menolak kemungkinan Chong Wei berkemungkinan akan berdepan dengan risiko sama pada pertandingan berikutnya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan