China Muncul Juara Piala Uber Kali Ke-12

Diterbitkan: Sabtu, 26 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WUHAN: China muncul juara Kejohanan Badminton Piala Uber untuk kali ke-12 selepas merampas kejuaraan daripada juara bertahan Korea Selatan pada perlawanan akhir di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan, di sini, Sabtu.

China menjinakkan Korea Selatan 3-0, sekali gus menebus kekecewaan selepas kalah 1-3 kepada pasukan itu pada edisi 2010 di Kuala Lumpur.

China tidak menghadapi masalah untuk memungut mata pertama menerusi Wang Yihan yang mengetepikan cabaran Sung Ji Hyun 14-21, 22-20, 21-13.

Beregu utama China, Yu Yang/Wang Xiaoli mengumpul mata kedua setelah menumpaskan gandingan Kim Min Jung/Ha Jung Eun 21-15, 21-13.

Mata kemenangan China diraih menerusi perseorangan kedua Wang Xin yang mudah mengalahkan Bae Youn Joo 21-10, 21-16. Sementara itu, China akan menentang Korea Selatan pada final Piala Thomas esok. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan