Piala Thomas: Chong Wei Tarik Diri, Cedera Buku Lali Kanan

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chong Wei menangis selepas terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan di buku lali kanannya. Foto: GLENN GUAN/The Star
Chong Wei menangis selepas terpaksa menarik diri gara-gara kecederaan di buku lali kanannya. Foto: GLENN GUAN/The Star

WUHAN: Perseorangan nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei menarik diri daripada kejohanan Piala Thomas setelah cedera di buku lali kanan ketika beraksi pada perlawanan peringkat kumpulan C di sini, Selasa.

Chong Wei yang sedang mendahului 2-0 dalam set pertama menentang perseorangan Denmark Peter Hoeg Gade, terseliuh ketika cuba menyambut pukulan lawannya di bahagian belakang gelanggang.

Chong Wei menerima rawatan awal di gelanggang daripada pasukan perubatan sebelum memutuskan untuk menarik diri.

Beliau kemudian dibawa keluar dari Pusat Sukan Gimnasium Wuhan menggunakan kerusi roda sebelum dilihat meninggalkan perkarangan venue perlawanan dengan ambulan.

Jurulatih kebangsaan Rashid Sidek berkata buat masa ini beliau tidak mengetahui sejauh mana keadaan kecederaan pemain itu dan Chong Wei mungkin perlu menjalani 'x-ray' di pusat perubatan di sini.

"Kita terpaksa rehatkan dia sebab kena fikirkan persediaan Olimpik. Masih ada tiga bulan untuk Olimpik, jadi harap dia akan sembuh secepat mungkin," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan kejohanan Piala Thomas itu.

Beliau turut mempertahan keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan pemain nombor satu dunia itu pada kejohanan kali ini, meskipun ada pihak yang mencadangkan supaya pemain itu dikecualikan bagi mengelak kecederaan.

"Kecederaan begini terjadi tanpa kawalan kita sebab pemain kadang-kala tidak dapat mengawal pergerakan mereka.

"Lagipun kejohanan ini adalah sebahagian daripada persediaan Chong Wei untuk Olimpik," katanya.

Sementara itu, Gade yang ditemui selepas perlawanan, berkata beliau memahami serta bersimpati dengan kecederaan yang dialami Chong Wei.

"Saya tahu apa yang bermain di fikiran beliau sekarang, dengan Olimpik semakin hampir. Saya harap dia cepat sembuh dan bersedia untuk Olimpik," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan