Piala Thomas: Chong Wei Sedih Tidak Dapat Bantu Rakan Pasukan

Diterbitkan: Rabu, 23 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chong Wei sedih kerana tidak dapat membantu rakan sepasukan meneruskan aksi Piala Thomas. Foto: BERNAMA
Chong Wei sedih kerana tidak dapat membantu rakan sepasukan meneruskan aksi Piala Thomas. Foto: BERNAMA

WUHAN: Perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei sedih dan kecewa kerana tidak dapat membantu rakan-rakan sepasukan dalam kejonanan badminton Piala Thomas yang kini diadakan di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini hingga Ahad.

Apatah lagi, katanya pasukan negara akan bertembung dengan pilihan pertama kejohanan China pada peringkat suku akhir malam ini.

"Kaki saya sangat sakit. Saya ingat saya boleh terus bermain tapi doktor kata kecederaan serius. Saya sedih tak dapat bantu pasukan," katanya sambil menitiskan air mata.

Beliau ditemui awal pagi Rabu di hotel kediaman skuad negara di sini sebelum bertolak ke lapangan terbang Wuhan untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Perseorangan nombor satu dunia itu mengalami kecederaan buku lali kanan ketika menentang Peter Hoeg Gade dari Denmark dalam perlawanan peringkat kumpulan kejohanan itu semalam.

Difahamkan tendon buku lali kanannya terkoyak sehingga menyebabkan beliau buat masa ini tidak dapat berdiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Beliau akan mendapatkan rawatan lanjut daripada Institut Sukan Negara (ISN) sebaik saja tiba di ibu negara kelak.

Ditanya mengenai keadaan kecederaannya beliau berkata:"Saya tidak pasti.

Kena rujuk dengan Dr Ramlan (Datuk Dr Ramlan Abd Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara) dulu."

Chong Wei bagaimanapun masih bersikap positif tentang peluangnya untuk beraksi di Olimpik Julai ini.

"Saya kena lebih kuat. Secara mental saya perlu lebih kuat untuk Olimpik," katanya.

Terdahulu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh yang turut hadir untuk menghantar Chong Wei pulang, memberitahu atlet itu supaya menumpukan fokus pada Olimpik dan tidak memikirkan lagi tentang kejohanan Piala Thomas yang sedang berlangsung.

Chong Wei yang pada awalnya kelihatan tenang, menjadi sebak dan mula menangis apabila mendengar kata-kata Mohd Nadzmi BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan