Piala Thomas: Malaysia Tewas 2-3 Kepada Denmark

Diterbitkan: Selasa, 22 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain beregu negara Tan Boon Heong/Hoon Thien How (kiri) gagal mengutip mata selepas tewas kepada beregu Denmark, Carsten Mogensen /Mathias Boe dalam saingan Kumpulan C Kejohanan Piala Thomas di Wuhan, Selasa. Foto: BERNAMA
Pemain beregu negara Tan Boon Heong/Hoon Thien How (kiri) gagal mengutip mata selepas tewas kepada beregu Denmark, Carsten Mogensen /Mathias Boe dalam saingan Kumpulan C Kejohanan Piala Thomas di Wuhan, Selasa. Foto: BERNAMA

SKUAD Piala Thomas negara tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi saingan Kumpulan C di Wuhan, China, Selasa.

Hanya dengan dua kemenangan yang diraih skuad Malaysia menerusi Daren Liew yang menang ke atas Jan O Jorgensen (21-15 21-13) dan Muhammad Hafiz Hashim menewaskan Hans-Kristian Vittinghus, 17-21 21-17 21-19.

Harapan untuk menyaksikan dua pasangan beregu negara meraih mata tidak kesampaian apabila Tan Boon Heong/ Hoon Thien How tewas kepada Carsten Mogensen/ Mathias Boe (17-21, 23-21, 11-21), manakala Koo Kien Keat/ Goh V Shem tunduk kepada Jonas Rasmussen/ Joachim Fischer Mielsen, 18-21 15-21.

Malang sekali buat pemain perseorangan nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa menarik diri pada set pertama perlawanan menentang Peter Hoeng Gade selepas mengalami kecederaan di buku kaki kanannya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan