Lin Dan Anggap Indonesia Lawan Yang Kuat

Diterbitkan: Isnin, 21 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WUHAN: Perseorangan badminton China Lin Dan menyifatkan Indonesia sebagai lawan yang kuat dan memiliki kelebihan yang setara dengan pasukan negaranya.

Meskipun tidak akan bertemu jaguh Indonesia Taufik Hidayat dalam saingan perseorangan pertama peringkat kumpulan Piala Thomas pada Selasa pemain berusia 29 tahun itu berkata beliau tetap akan melakukan yang terbaik.

"Siapa saja lawan saya, sama ada Taufik atau Simon (Santoso), saya tidak akan mengambil mudah dan akan melakukan yang terbaik.

"Sebagai pemain pertama saya perlu menang bagi menaikkan semangat rakan-rakan yang lain," katanya dalam satu temu ramah ringkas bersama media asing di kejohanan badminton Piala Thomas di Gimnasium Pusat Sukan Wuhan di sini, Isnin.

Pada Ahad, juara dunia empat kali itu menewaskan Rajiv Ouseph dari England 21-14, 21-10 dalam saingan peringkat kumpulan A.

China mudah mengalahkan England 5-0 dalam saingan tersebut dan akan bertemu Indonesia esok bagi penentuan juara kumpulan A.

Ditanya mengenai persiapannya menjelang Olimpik kelak, Lin Dan berkata beliau tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu sekarang dan mahu memberi fokus sepenuhnya pada kejohanan yang sedang berlangsung. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan