Nicol Ke Suku Akhir Terbuka Britain

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David melangkah ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Britain 2012 pada Khamis.

Pemain berusia 28 tahun itu mengambil masa 28 minit untuk menundukkan pemain Mexico Samantha Teran yang juga pasangan latihan beliau bersama Liz Irving di Amsterdam, dengan 11-7, 11-7 dan 11-3 dalam perlawanan di O2 Arena, London.

"Memang sukar untuk bermain menentang kawan, terutamanya jika beliau rakan sebilik," kata Nicol yang dipetik menerusi laman web www.britishopensquash.net.

Beliau juga tidak menganggap perlawanan itu mudah memandangkan Samantha memberikan saingan hebat dan hanya pada set ketiga Nicol kelihatan selesa untuk mempamerkan corak permainan yang menjadi identiti beliau.

Nicol akan berdepan pilihan ke-12 dari New Zealand Joelle King yang menumpaskan pemain Australia Racheal Grinham.

Joelle terpaksa mengharungi pertarungan sengit lima set sebelum memenangi perlawanan itu dengan 3-11, 11-5, 11-8, 5-11 dan 15-13 dalam masa 60 minit.

Untuk rekod, Nicol pernah menjuarai Terbuka Britain sebanyak tiga kali pada 2005, 2006 dan 2008, namun tewas mengejut kepada pemain Ireland Madeline Perry pada 2009.

Terbuka Britain kembali diadakan tahun ini selepas dua tahun direhatkan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan