BAM Nafi Abaikan Prestij Piala Thomas

Diterbitkan: Khamis, 17 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak pernah mengabaikan prestij dan signifikan kejohanan Piala Thomas sekalipun persiapan pada kejohanan kali ini dibayangi dengan temasya Sukan Olimpik 2012 di London, Julai ini.

Pengurus Besarnya, Kenny Goh Chee Keong berkata kedua-dua kejohanan tersebut sama penting kerana ia membariskan pemain handalan dunia dan mempunyai tradisinya yang tersendiri.

Menurut beliau, pandangan pihak tertentu yang mengatakan temasya Sukan Olimpik penting ada asasnya memandangkan memang menjadi impian semua atlet untuk beraksi di temasya berprestij.

"Namun demikian, ini tidak bermakna kita boleh abaikan Piala Thomas. Jika benar kejohanan Piala Thomas tidak penting, BAM sebenarnya boleh menghantar barisan pemain pelapis ke kejohanan di Wuhan, China.

"Namun, apa yang anda dapat lihat kali ini, BAM telah menghantar barisan pemain terbaik untuk menggalas cabaran negara," katanya demikian ketika ditemuramah dalam program "Dalam Radar", terbitan Bernama Radio24, Rabu.

Pusingan akhir Piala Thomas selama seminggu di Wuhan bermula Ahad ini.

Dalam perkembangan yang sama, Goh turut menggesa semua pemain Piala Thomas negara menjadikan kejohanan di Wuhan sebagau sebagai medan terbaik untuk menguji persiapan mereka menjelang Sukan Olimpik.

Tegas beliau, kehadiran ramai pemain bertaraf dunia pada kejohanan Piala Thomas seharusnya menjadi insentif kepada pemain negara memberikan aksi yang terbaik.

"Dimanakah lagi gelanggang yang lebih baik untuk pemain negara beraksi dengan pemain terbaik dunia jika tidak Piala Thomas?," tanyanya.

Mengenai peluang Malaysia pada kejohanan Piala Thomas kali ini, Goh berharap pasukan negara mampu melangkah ke peringkat akhir walaupun sasaran awal hanya layak ke peringkat separuh akhir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan