Masalah Chong Wei Tidak Jejas Persediaan Skuad Thomas

Diterbitkan: Selasa, 15 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Masalah kesihatan yang dihadapi Datuk Lee Chong Wei tidak akan menjejaskan keharmonian dan semangat berpasukan skuad Piala Thomas negara.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rakyat juga tidak perlu khuatir dengan prestasi pemain itu, sebaliknya mendoakan agar Chong Wei dapat cergas sepenuhnya sebelum kejohanan bermula.

"Atlet juga manusia, ada waktu dapat memberikan 100 peratus ada waktunya tidak sihat...apa pun kita doakan dia (Chong Wei) sembuh sepenuhnya sebelum kejohanan bermula," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai keadaan kesihatan Chong Wei yang dilaporkan tidak berada dalam kondisi terbaik disebabkan demam dan selesema.

Skuad badminton negara berlepas ke Guangzhou, China semalam, bagi menjalani latihan pusat selama seminggu sebelum mengharungi kejohanan Piala Thomas di Wuhan bermula 20 hingga 27 Mei ini.

Selain Chong Wei, pemain perseorangan kedua Liew Daren juga dikatakan kurang sihat.

Selain Chong Wei dan Liew Daren, pasukan Piala Thomas negara dibarisi pemain perseorangan Muhammad Hafiz Hashim dan Chong Wei Feng serta beregu Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong, Goh Wei Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Tan Wee Kiong.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan