Sukan Olimpik, Piala Thomas Sama Penting - Chong Wei

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menyifatkan penyertaannya pada Sukan Olimpik dan Piala Thomas adalah sama penting dan perlu diberikan tumpuan.

Pemain nombor satu dunia itu berkata beliau akan melakukan yang terbaik pada kedua-dua kejohanan tersebut dengan mengekalkan tahap prestasi cemerlang dan mengelak daripada ditimpa kecederaan.

"Piala Thomas melibatkan acara berpasukan manakala di Sukan Olimpik, saya bermain secara individu. Bagaimanapun, kedua-duanya penting kerana saya bermain untuk negara.

"Pada Sukan Olimpik, kita mengharapkan emas pertama tetapi bagi Piala Thomas, walaupun kita diletakkan sebagai 'underdog', kita mesti berusaha keras mencapai sasaran untuk layak ke separuh akhir," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Sukan Olimpik di London berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos manakala Piala Thomas di Wuhan, China diadakan dari 20 hingga 27 Mei.

Skuad Piala Thomas negara kini giat menjalani latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara sebelum berlepas ke Dongguan, China, Ahad ini bagi latihan fasa akhir selama seminggu.

Chong Wei, sebagai ketua pasukan negara, bagaimanapun tidak menghadiri latihan pagi tadi (Rabu) kerana demam.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Siew Bock berkata keadaan Chong Wei tidak membimbangkan.

Selain Chong Wei, skuad Piala Thomas negara yang terdiri daripada Liew Daren, Muhammad Hafiz Hashim dan Chong Wei Feng, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong, Goh V Shem/Lim Khim Wah dan Hoon Thien How/Tan Wee Kiong dijangka menghadapi laluan mudah ke suku akhir setelah diundi dalam Kumpulan C bersama Denmark dan Afrika Selatan.

Kali terakhir Malaysia menjuarai Piala Thomas ialah 20 tahun lepas di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Skuad wanita Malaysia pula gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Uber 2012 setelah tewas di peringkat kelayakan Zon Asia di Macau, Februari lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan