Crawford Juarai Peringkat Kedua,Jersi Kuning Milik Abrekov

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Pelumba pasukan RTS Racing, Jai Crawford menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukannya apabila menjuarai peringkat kedua perlumbaan berbasikal Jelajah 1Malaysia (J1M) 2012, Rabu.

Pelumba kelahiran Australia itu menamatkan perlumbaan sejauh 201.8km dari Bandar Baru Kampar, Perak dan berakhir di sini, dengan catatan masa lima jam, tujuh minit dan 42 saat.

Pelumba Jepun daripada pasukan Aisan Racing, Yasuharu Nakajima dan pelumba Indonesia, Tonton Susanto daripada pasukan Putra Perjuangan, masing-masing melintasi garisan penamat pada kedudukan kedua dan ketiga dengan catatan masa yang sama 5:07:42s.

Crawford, 29, beraksi cemerlang di peringkat akhir saingan untuk mengatasi empat pelumba lain yang berada dalam kelompok pelumba di hadapan di kalangan 97 pelumba yang beraksi pada peringkat kedua yang merupakan perlumbaan laluan terpanjang dalam jelajah itu.

"Saya gembira dengan pencapaian ini dan ia merupakan kemenangan pertama saya dalam perlumbaan Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI) Jelajah Asia. Pada Jelajah Malaysia 2009, saya menamatkan perlumbaan pada kedudukan kedua keseluruhan dan sudah pasti saya tidak mahu lagi berada pada kedudukan itu kali ini. Ia akan lebih baik jika saya dapat memenangi jersi kuning (juara keseluruhan).

"Dengan ketinggalan 21 saat di belakang (Yusup) Abrekov, saya harap mendapat sedikit kelebihan walaupun ia sukar kerana perlumbaan peringkat seterusnya tidak melibatkan pendakian. Perjalanan masih jauh, saya dan rakan sepasukan akan cuba untuk memenangi perlumbaan kali ini," kata Crawford.

Sementara itu pelumba Uzbekistan, Yusup Abrekov daripada pasukan Suren, merampas jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan daripada pelumba Terengganu Cycling Team, Shinichi Fukushima apabila mencatat masa keseluruhan 8:58:36s.

Abrekov berada di hadapan dengan kelebihan 21 saat mengatasi Crawford, yang berada pada kedudukan kedua dalam kategori pelumba terbaik keseluruhan.

"Saya akan berusaha untuk mengekalkan jersi kuning dalam perlumbaan peringkat seterusnya," kata Abrekov, yang turut memenangi jersi biru selaku pelumba terbaik keseluruhan Asia.

Jersi merah selaku Raja Bukit kini berpindah tangan apabila pelumba Indonesia, Dadi Suryadi daripada pasukan Putra Perjuangan memenangi perlumbaan zon pendakian di Bukit Sumpitan.

Dadi kini mendahului kategori itu selepas menggumpul 10 mata manakala Abrekov dan Crawford di tempat kedua dan ketiga dengan masing-masing mengutip tujuh dan enam mata.

Pelumba Malaysia, Mohd Adiq Hussainie Othman terus mengekalkan jersi hijau selaku Raja Pecut dan muncul pelumba terbaik di kalangan pelumba negara untuk memenangi jersi putih.

Mohd Adiq Hussainie, 21, menduduki tempat teratas dalam kategori pecutan apabila mengutip 28 mata, tiga mata di hadapan pelumba Jepun, Kazuhiro Mori daripada pasukan Aisan Racing manakala Crawford di tempat ketiga dengan 23 mata.

"Esok (Khamis) satu lagi laluan yang panjang dan saya bergantung kepada strategi jurulatih. Mungkin saya akan lakukan pemecahan awal.

"Untuk mengekalkan jersi hijau agak sukar tetapi saya mempunyai sasaran tersendiri untuk menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 pelumba terbaik," kata Mohd Adiq Hussainie.

J1M 2012 yang melibatkan enam peringkat perlumbaan akan diteruskan dengan peringkat ketiga esok dari Kulim ke Felda Chuping, Perlis membabitkan laluan sejauh 168.8km. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan