Chong Wei Juara Grand Prix Emas

Diterbitkan: Ahad, 6 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei berjaya mengekalkan kejuaraannya empat tahun berturut-turut dalam Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia 2012 di Stadium Bandaraya di sini.

Pada perlawanan akhir, Chong Wei menewaskan pemain Indonesia Sony Dwi Kuncoro dalam perlawanan tiga set 17-21, 21-8, 21-10 dalam masa 50 minit.

Dalam permainan set pertama, Chong Wei yang belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu kanan dilihat bermain lebih berhati-hati menyebabkan Sony berjaya mengambil kesempatan itu untuk mengalahkannya dengan mata 21-17.

Namun di set kedua dan ketiga Choog Wei kembali bangkit dan menukar rentak perlawanan dengan bermain lebih agresif menyebabkan Sony kelihatan tertekan.

Pemain Indonesia itu dilihat banyak melakukan kesilapan dengan hantaran bulu tangkis separuh gelanggang dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk menundukkan Sony.

Dengan kemenangan itu, Chong Wei membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak US$9,000 dan Sony membawa pulang US$4,560. Hadiah disampaikan oleh Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim.

Kejohanan kali ini turut menyaksikan monopoli pemain negara apabila turut mencatatkan kemenangan dalam tiga kategori lain.

Sebelum itu penyandang juara beregu lelaki kejohanan itu tahun lepas, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong turut berjaya mengekalkan kejuaraan mereka setelah menewaskan pasangan beregu muda negara Chooi Kah Ming dan Ow Yao Han 21-15, 21-19.

Walaupun cuba diberi saingan di awal permainan namun, pasangan beregu nombor satu negara itu bijak menggunakan pengalaman mereka menundukkan lawan.

Beregu wanita negara Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty pula terpaksa berhempas pulas selama 45 minit sebelum berjaya menewaskan beregu Singapura Sari Shinta Mulia dan Yao Lei 21-18, 21-18 untuk muncul sebagai juara beregu wanita kejohanan itu.

Untuk kategori beregu campuran, walaupun Chan Peng Soon dihimpit masalah kecederaan tangan kanannya, namun beliau bersama pasangannya Goh Liu Ying tetap mempamerkan aksi mantap untuk menewaskan beregu Indonesia Irfan Fadhilah dan Weni Anggraini 21-12, 21-14.

Untuk kategori wanita, juara dimenangi oleh pemain dari Thailand Ongbumrungpan setelah menewaskan Takashi Sayaka dari Jepun 21-17, 22-20.

Bagi kategori perseorangan juara membawa pulang US$9,000, manakala beregu menerima hadiah wang tunai US$9,840. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan