Rosman Razak Ambil Alih Tugas Rexy Mainaky

Diterbitkan: Jumaat, 27 April 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM)melantik Rosman Razak sebagai ketua jurulatih skuad wanita dan beregu campuran negara bagi menggantikan khidmat Rexy Mainaky mulai bulan depan.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata Rosman akan dibantu jurulatih beregu campuran, Jeremy Gan bagi meningkatkan prestasi 14 pemain di bawah bimbingannya.

"Kita melihat kepada pihak dalam, senioriti, kebolehan, perkhidmatan yang baik dan kita juga mendapat maklum balas dari pemain. Dengan semua elemen ini, kita memutus untuk memilih Rosman," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Rexy meninggalkan BAM setelah memilih untuk malatih pemain Filipina.

Ng turut mengumumkan skuad Piala Thomas negara akan berlatih di Dongguan, China dari 13 hingga 18 Mei ini sebelum menyertai kejohanan akhir Piala Thomas di Wuhan, China dari 20 hingga 27 Mei.

"Jawatankuasa BAM juga memutuskan tarikh 7 hingga 18 Mei merupakan fasa latihan pusat terakhir untuk skuad Piala Thomas.

"Jawatankuasa telah meneliti skuad Piala Thomas dan senarai pemain akan dikemukakan kepada pihak exco untuk mendapat kelulusan yang mesyuarat majlis eksekutif akan diadakan esok," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan